[PLOT TWIST] Terjejaskah ekonomi Malaysia dengan ancaman luar?

2023-11-03 7

[PLOT TWIST] Terjejaskah ekonomi Malaysia dengan ancaman luar?

Pada ketika kita masih segar dengan pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri (PM) merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim 13 Oktober lalu, berita ancaman asing terhadap ekonomi negara seperti yang diungkapkan PM sendiri beberapa hari selepas itu menangkap keresahan kita.

Adakah ugutan disebabkan pendirian tegas kerajaan terhadap isu Palestin itu mampu memberi pengaruh kepada prestasi kewangan negara dan menjejaskan rancangan-rancangan yang terkandung dalam Belanjawan tersebut?

Selainnya, adakah negara berada di landasan tepat menjayakan Ekonomi Madani dengan agenda reformasi demi memperkasa rakyat?
Apa pula cerita GST? STR? Inflasi? Kadar pengangguran? Dan OPR?

Jawapan kepada semua persoalan ini akan dijawab Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam podcast Plot Twist, “Terjejaskah ekonomi negara dengan ancaman luar?” dihoskan Haizir Othman, SAKSIKAN di web dan platform digital Sinar Harian.

#PlotTwist #SinarHarian #Podcast #SinarTerkini